Tuesday 7 February 2012

Program Ekspedisi Riadah Bersama Ahli & 'family'

Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia ..

Pada hujung minggu bersamaan 05 hb Februari 2012 baru - baru ini telah diadakan satu konvoi / ekspedisi singkat yang dilakukan sejauh 10 km bermula di tapak fujimart dan berakhir di tapak ekspedisi lasak di taman Millenium . Program ini dilaksanakn bagi mengisi masa lapang ahli dan 'family' selain sebagai program yang dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama ahli ...

Semasa berada di tapak Fujimart , ahli berkumpul dan menyusun kereta masing - masing sambil menunggu kedatangan ahli - ahli yang lain . Masa ini digunakan sepenuhnya oleh ahli - ahli kelab untuk berkumpul dan berjumpa sesama mereka kerana perjumpaan seumpama program ini bukan sesuatu yang dapat dilakukan secara kerap .

Tepat 3.15 petang , ahli telah mendengar taklimat dari Pengerusi kelab dan saudara Mohd Yusof Ishak berkenaan tujuan program ini yang antara lain turut mendedahkan ahli pengalaman secara berkonvoi sebelum terlibat dengan ekspedisi konvoi yang lebih jauh dan mencabar . Selain itu , program ini juga adalah sebagai pengisian kepada program Karnival 4x4 yang dirancang akan diadakan oleh kelab di  dalam tahun 2012 ini .
Jam 3.20 konvoi dimulakan dengan saudara Pang Kim Fong sebagai ketua pergerakan dan sepanjang perjalanan ini dirakamkan oleh jurukamera amatur kelab .

Semasa berada di tapak aktiviti lasak di Taman Millenium , ahli -ahli dan family yang menyertai program ini mengambil gambar kenangan sambil dihiburkan oleh aksi - aksi menarik cara pengendalian kenderan 4x4 di dalam jalan yang berlumpur dan berbukit .

Semoga aktiviti seumpama ini dapat dilaksanakan di lain kali dan kepada semua ahli dan 'family' yang terlibat menjayakan program ini , SYABAS & TERIMA KASIH di ucapkan ......






















No comments:

Post a Comment