Tuesday 10 April 2012

Operasi Pemantaun 'Trek' Bagi Karnival Bermotor 2012

Salam 1 Malaysia .

Sempena dengan jemputan  dari Tawau Motorsports Association , Sabah  untuk pihak Kelab 4x4 Ekspedisi Ekstrem , Tawau mengadakan SHOW 4X4 sempena Karnival Bermotor yang dijadualkan pada 28 April  ini , pihak kelab telah mengadakan pemantaun terhadap tapak yang di berikan . Beberapa orang ahli telah hadir dan melakukan sesi pemantaun dengan mengenalpasti tapak yang berkemungkinan dapat di jadikan tapak show 4x4 pada masa karnival tersebut yang bertempat di lapangan terbang lama  , Tawau . Memandangkan kawasan lapangan terbang lama Tawau adalah sebuah kawasan yang luas , sesi pemantauan tersebut akan disambung semula pada Rabu ini ( 11.04.2012 ) dengan ahli yang lebih ramai dan lebih bersedia .







Monday 2 April 2012

Program ' XTREME ' Kelab

Salam Sejahtera ..

Selepas mengadakan program konvoi ke Lembah Danum pada bulan 3 yang lalu , sebuah program singkat telah diadakan yang melibatkan aktiviti 'show' ekstrem oleh ahli kelab yang berpengalaman ... 'Track' ekstrem tersebut bertempat di Jalan Sin Onn Tawau yang merupakan kawasan tanah getah milik salah seorang ahli kelab iaitu saudara Shang Chung Kong . Program bermula di Dataran Majlis Perbandaran Tawau seawal jam 2 petang dimana ahli berkumpul dan mendengar taklimat ringkas dari Pengerusi Kelab dan saudara Mohd Yusof Ishak selaku penggerak program . Pergerakan konvoi dimulakan pada jam 2.30 petang dengan penyertaan 28 buah kenderaan membabitkan seramai 40 orang lebih ahli kelab dengan diketuai oleh Marshal Kelab saudara Himsar Pohan .

Setibanya di 'Track' ekstrem , pertunjukan telah dimulakan oleh saudara Lee Tet Sing bersama co drivernya saudara Shang Chung Kong yang juga merupakan pemilik 'track' terbabit . Ini diikuti oleh 08 dan 09 ahli kelab iaitu saudara Pang Kim Fong dan saudara Zaimie Hamzah . Pertunjukan oleh ahli kelab yang melibatkan cara - cara pengawalan kenderaan 4x4 di tanah berlumpur , penggunaan peralatan 'winch' yang betul sedikit sebanyak memberi manfaat kepada ahli yang hadir selain suatu bentuk pertunjukan yang menghiburkan ... Tahniah & Syabas Kepada Yang Terlibat ..