Monday 12 March 2012

XPDC DANUM 2012 ( GELAGAT & MEMORI )


XPDC DANUM 2012 ( Para Peserta )














Program XPDC Danum 2012

Assalamualaikum &  Salam Sejahtera

Pada 10 & 11 Mac 2012 baru - baru ini telah diadakan satu program XPDC ke Pusat Luar Lembah Danum . Sebanyak 17 buah kereta yang terdiri dari ahli - ahli kelab dan juga perseorangan  telah turut serta menjayakan program ini . Program ini telah bermula di dataran MPT Tawau dimana  semua peserta berkumpul dan melakukan persiapan akhir sebelum memulakan perjalanan .

Taklimat ringkas berkenaan program telah disampaikan oleh Pengerusi Kelab saudara Jeffry Onn Hamzah diikuti oleh taklimat konvoi oleh ' Marshal ' perjalanan saudara Himsar Pohan dan diakhiri oleh saudara Kassim yang memberikan taklimat berkenaan penggunaan radio amatur . Perjalanan bermula pada jam 9.00 Pagi dan konvoi berehat sebentar di Pekan Kunak sebelum berhenti di Madai Sejadi bagi mengambil gambar beramai - ramai .

Perjalanan diteruskan dan setelah melalui jalan silam - danum , hujan yang lebat telah turun mengiringi konvoi  membuatkan jalan tanah 'gravel' di area danum menjadi agak mencabar dan memperlahankan pergerakan dan konvoi akhirnya tiba di pusat luar Danum pada jam 3.00 Petang .
Program sebelah petang agak santai dimana peserta konvoi mengambil peluang yang ada membawa anak - anak dan keluarga masing - masing melawat sekitar Danum manakala AJK makan malam bersiap sedia menyediakan peralatan BBQ .. BBQ pada sebelah malam adalah acara yang ditunggu - tunggu dimana bermula seawal jam 7 petang dan berakhir sekitar jam 11 malam .

Hari kedua program pada 11 hb Mac 2012 , selepas menjalani sarapan pagi , peserta konvoi diberikan peluang menghabiskan masa yang ada bersiar2 sekitar Danum sebelum kesemua peserta konvoi dikumpulkan dan mengambil gambar kenangan . Konvoi bergerak keluar dari Danum sekitar jam 9.30 Pagi dan meneruskan perjalana ke Borneo Paradise bagi memenuhi jadual makan t/hari ... Jam 2 Petang  konvoi bergerak balik ke Tawau dan program ditamatkan di ruang kenderaan batu 10 Seri Indah .

Sesungguhnya perjalanan ini sesuatu yang menyeronokkan kepada para peserta terutama kepada peserta yang pertama kali melalui pengalaman perjalanan secara berkonvoi .. InsyaAllah program - program seumpama ini akan diteruskan dari masa ke semasa . Kepada KELAB RADIO AMATUR TAWAU , PDRM , YAYASAN SABAH dan PUSAT PENTADBIRAN LUAR DANUM , segala kerjasama yang diberikan di ucapkan RIBUAN TERIMA KASIH dan kepada semua yang terlibat menjayakan program ini SYABAS DI UCAPKAN ...