Wednesday 17 October 2012

Ekspedisi Konvoi Serudong Laut - Menggaris

Salam Sejahtera

Baru - baru ini pada 13 dan 14 Oktober 2012 , kelab telah mengadakan satu program konvoi ke Serudong Laut - Simanggaris yang juga merupakan kawasan persempadanan antara Sabah dan Kalimantan Barat .. Konvoi ini bermula di dataran Majlis Perbandaran Tawau seawal jam 8.30 pagi melalui jalan Kalabakan , Felda seterusnya tiba ke destinasi yang dituju pada jam 7.30 malam ... Perjalanan ini memberikan cabaran kepada ahli konvoi kerana terpaksa melalui jalan yang rosak dan jambatan yang putus sehingga memerlukan kerjasama semua ahli membina jambatan bagi membolehkan laluan konvoi diteruskan . Pada sebelah malam , aktiviti lebih santai dengan ahli berkerjasama menyiapkan makanan sambil berehat- rehat setelah seharian kepenatan berkonvoi..

Kesesokan harinya , perjalanan diteruskan ke sempadan melalui jalan lama yang telah lama tidak digunakan dengan terdapat pokok yang tumbang dan jalan yang berparit sehingga memerlukan kecekapan pemandu dalam mengendalikan kenderaan 4x4 .. Kepuasan tergambar di wajah ahli setelah berdiri diatas bukit yang menjadi pemisah sempadan kepada 2 negara Malaysia dan Indonesia dan kesemua ahli mengambil gambar sebagai bukti yang misi telah dilengkapkan sebelum memulakan perjalanan balik .. Kepada semua ahli yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, syabas diucapkan .. Semoga kerjasama yang ditunjukkan sehingga berjayanya program ini dapat diteruskan pada masa - masa akan datang .