Monday 26 December 2011

Mesyuarat Agung Pertama Kelab Sesi 2012 - 2013

Salam Sejahtera Kepada Semua Peminat 4x4

Tarikh 18 Disember 2011 merupakan tarikh bersejarah kepada kelab kerana telah diadakan mesyuarat agung yang pertama ... Seramai 30 ahli telah menghadiri mesyuarat agung tersebut yang mana agenda utama adalah melantik AJK Kelab bagi sesi 2012 - 2014 , perbincangan mengenai kalendar program kelab tahun 2012 dan perkara - perkara berbangkit yang lain ...

Mesyuarat agung bermula pada jam 2.30 ptg telah berakhir pada pukul 4.00 ptg sebelum disusuli oleh acara jamuan dan sesi bergambar ... Majlis ini dimeriahkan lagi oleh kehadiran YB Datuk Tawfiq Hj Abu Bakar Titingan yang merupakan Penaung kelab dan sesi bergambar YB Datuk Tawfiq bersama ahli - ahli kelab merupakan sesuatu yang istimewa pada majlis ini ...

Kepada AJK yang dilantik , tahniah kepada anda semua dan kepada semua ahli Kelab 4X4 Ekspedisi Ekstrem , Tawau , kita akan bersatu  memartabatkan sukan bermotor 4x4 dibawah satu matlamat ...











Friday 2 December 2011

Logo Kelab ... Makna Kepada Perjuangan Mencapai Matlamat

Sebagaimana setiap pertubuhan , kelab , persatuan atau mana -mana kumpulan berdaftar haruslah mempunyai logo masing - masing sebagai tanda pengenalan kepada kewujudan sesebuah pertubuhan itu ... Bagi Kelab 4x4 Ekspedisi Ekstrem , Tawau lambang kelab telah di cipta dengan mengambil kira aspek matlamat penubuhan kelab , asal usul lokasi penubuhan kelab dan diterangkan dengan pemilihan warna yang tepat ...

Warna pada tulisan yang menggunakan warna kuning ( kecerahan masa depan kelab ) , coklat ( lumpur ) , merah ( lasak ) dan biru ( keluasan aktiviti/perkembangan kelab ) merupakan intipati kepada hala tuju dan matlamat penubuhan kelab ... Imej kereta adalah sinonim kepada kenderaan pacuan 4 roda ( 4x4 ) manakala peta yang dihijaukan adalah peta Tawau lokasi kelab tercipta ...

Penubuhan Kelab ... Bersama Memajukan Sukan Bermotor 4x4

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera Kepada Semua Peminat Sukan Bermotor 4x4 .....

Alhamdulillah , usaha keras ahli penaja  bagi merealisasikan penubuhan sebuah kelab 4X4 di Tawau akhirnya berjaya direalisasikan ... Sijil penubuhan kelab yang berjaya diperolehi  pada tarikh bersejarah 12 Oktober 2011 secara rasminya menandakan bermulanya cabaran kelab dalam memartabatkan sukan bermotor khususnya kenderaan 4x4 di daerah Tawau ... Kepada semua yang terlibat di ucapkan Ribuan Terima Kasih .