Tuesday 14 February 2012

Kursus Pemantapan Penggunaan Radio Amatur ...

Salam Sejahtera Kepada Semua Peminat 4x4 Yang Melayari Blog Ini ...

Baru - baru ini pada 12 hb Februari 2012 telah diadakan satu kursus kepada ahli - ahli Kelab 4x4 Ekspedisi Ekstrem , Tawau dimana kursus ini merupakan kerjasama bersama Kelab Radio Amatur Tawau atau singkatannya KRATA ... Kursus ini diadakan sebagai persediaan kepada ahli - ahli kelab sebelum terlibat dengan aktiviti berkonvoi yang dirancang sepanjang 2012 ini yang mana ekspedisi yang terdekat ialah Konvoi Ekspedisi Eksplorasi Danum ...

Pemantapan penggunaan radio amatur ini adalah sesuatu yang perlu kepada ahli kelab . Taklimat telah disampaikan sendiri oleh Presiden Kelab KRATA iaitu En. Wilie Tadam , En. Zamri Awa  AJK kelab KRATA dan yang terakhir oleh En. Kassim yang merupakan Timbalan Presiden Kelab ... Antara taklimat yang disampaikan ialah tentang Cara - Cara Penggunaan Radio Amatur Yang Betul , Kod - Kod Ringkas Perbualan Radio Amatur , Gangguan Komunikasi Dalam Radio Amatur , Langkah - langkah Mendapatkan Lesen Penggunaan Radio Amatur & Kepentingan REPEATER Serta Keberkesanannya ...
Selesai taklimat diberikan , upacara ringkas penyerahan cenderahmata penghargaan telah dilakukan dimana Kelab 4X4 Ekspedisi Ekstrem , Tawau telah diwakili oleh Penasihat Kelab iaitu En . Zaimie Hamzah manakala KRATA diwakili sendiri oleh En Willie selaku Presiden Kelab yang kemudian disusuli simbolik penyerahan alat REPEATER kelab yang disampaikan oleh En Willie kepada saudara Zaimie Hamzah .

Berakhir sesi penerangan dari KRATA dan sesi penyerahan cenderahmata kenagan , telah diadakan taklimat ringkas oleh saudara Mohd Yusof Ishak berkenaan perancangan kelab untuk mengadakan Konvoi Ekspedisi Eksplorasi Danum . Penutupan kepada program ini , Presiden Kelab En Jeffry Onn Hamzah berharap ahli - ahli kelab dapat memanfaatkan sepenuhnya taklimat dan penerangan oleh KRATA dan mengadaptasikan cara - cara penggunaan radia amatur yang betul dalam berkomunikasi selain mengharapkan kerjasama dengan KRATA dapat diteruskan dari masa ke semasa ....

               
                                                                          
                                                                
                                                  
                                                    
                                                   
                                   

No comments:

Post a Comment