Saturday 22 December 2012

Ekspedisi Menjelajah Borneo 2012 ( Balikpapan )

21.11.2012 ..

Konvoi meninggalkan Kota Banjarmasin ... Hanya ucapan Terima Kasih dan Penghargaan yang tidak terhingga dapat diberikan kepada Pak Nunuq ( IOF ) Kalbar dan rakan - rakan beserta Pak Agus Ariyanto  ( CEO BNI ) yang setia menemankan peserta konvoi dari awal pagi sehinggalah keberangkatan pada jam 10.30 Pagi ... Semasa perjalanan menuju ke Kota Balikpapan , peserta konvoi berhenti sebentar pada jam 2.00 petang di BERABAI dan menghadiri jamuan makan 'lunch' oleh Hj Mohamad Helmi yang juga anggota IOF Kaltim selain merupakan Perwakilan Rakyat Kabupaten Hulu Sg Tengah , Berabai ... Kesempatan ini digunakan oleh peserta Konvoi untuk memperbaiki kereta yang bermasalah kerana Pak Helmi sendiri mempunyai Bengkel Kereta yang amat tersohor di BERABAI .. Pada sebelah malam , peserta konvoi telah tiba di Tanah Grogot dan berhenti di Kabupaten Tanah Pasir .. Di sini , peserta konvoi telah bergabung dengan YBhg Datuk Ahmad Baharom DSP Abu Bakar Titingan yang merupakan salah seorang pendokong kuat kepada perlaksanaan Program Ekspedisi Menjelajah Borneo 2012 ini ... Datuk Ahmad Baharom telah tiba sebelum ini di Balikpapan sebelum dijemput khas oleh Presiden IOF bagi wilayah KALTIM iaitu saudara Tony Agustrian @ Tony Beres ... Setelah mendapat taklimat ringkas dari Pak Tony , peserta konvoi akhirnya bermalam di di Kabupaten Tanah Pasir ..

22.11.2012 ..

Sebelah pagi peserta konvoi dijemput menghadiri majlis jamuan makan oleh Wakil Walikota di Pejabat Walikota Tanah Pasir sendiri .. Telah diadakan sesi ucapan yang mana kelab telah diwakili sendiri oleh Datuk Ahmad Baharom kemudian disusuli dengan program bergambar dan rakaman video oleh pihak RTM melalui WMP ... Pada jam 10.30 pagi , konvoi meneruskan perjalanan dan telah tiba di Penajam pada jam 2.00 petang ... Setibanya di Penajam , kesemua peserta konvoi telah menaiki feri khas yang memuatkan kesemua 20 kereta kenderaan konvoi .. Penggunaan feri ini dimaklumkan sendiri oleh Pak Tony adalah untuk menjimatkan masa perjalanan kerana perbandingan perjalanan menggunakan laluan darat adalah selama 3 jam .. Pengalaman ini adalah suatu yang amat menyeronokkan selain memberi ruang rehat kepada semua 'Driver' konvoi' untuk melepaskan 'steering' kereta masing2 ... Setelah tiba di Tanah Besar Balikpapan , peserta konvoi telah dibawa terlebih dahulu ke Ibupejabat Kapolda Balikpapan ... Disini ketua Polis Kapolda Balikpapan Bri Jend Pol.Dr Andus Rosli Nasution sendiri telah mengalu - alukan kedatangan peserta konvoi ... Dalam ucapannya , antara lain  beliau mengaharapkan yang konvoi ini membuktikan bahawa kawasan Kalimantan Indonesia adalah sebuah kawasan yang selamat untuk dilalui ... InsyaAllah , kami semua peserta Konvoi Ekspedisi Menjelajah Borneo telah membuktikan kata - kata tersebut .. Terima Kasih yang tidak terhingga kepada pihak keselamatan Indonesia yang setiap masa membantu Konvoi selamat sampai ke destinasi yang dituju ...
Selesai acara di Ibupejabat Kapolda Balikpapan , barulah peserta konvoi meneruskan perjalanan terus Kota Balikpapan dan menuju ke Grand Hotel 3 Mustika .. Kepuasan terpampang di wajah setiap peserta konvoi kerana Kota Balikpapan adalah destinasi pilihan sepanjang konvoi ini berjalan ... 



Tuesday 18 December 2012

Ekspedisi Menjelajah Borneo 2012 ( Banjarmasin )

19.11.2012 ...

Peserta konvoi selamat tiba di Kota Banjarmasin pada jam 11 Malam dan terus ke hotel Swiss Bell yang berdekatatan dengan sungai Barito ... Kedatangan peserta konvoi telah disambut oleh rakan - rakan IOF dari KALTIM dan juga Pak NUNUQ @ ANUGERAH RACHMANTO yang bersusah payah mengambil JALAN ATAS ( Kalaplterbang ) dari KOTA PONTIANAK ..

20.11.2012

'Free & Easy' untuk semua peserta konvoi ... Sebahagian ahli konvoi telah mengambil kesempatan menyusuri Sungai Barito yang merupakan salah satu 'Trademark' Kota Banjarmasin dan selepas itu dibawa terus ke Kota Martapura yang terkenal dengan pelbagai jenis batu permata dan perhiasan .. Lain - lain peserta konvoi ada yang membuat pemeriksaan kenderaan masing - masing setelah melalui jalan yang cukup panjang dari Kota Pontianak sehinggalah Kota Banjarmasin .. Kota Banjarmasin merupakan ibukota kepada Provinsi Kalimantan Selatan ...Selain daripada menyusuri Sungai Barito dan Kota Martapura , pelawat yang datang ke Kota ini juga boleh mengambil pengalaman melihat Pasar Sayur dimana sebilangan besar aktiviti jual beli dilakukan di atas perahu ..Antara lain , di Banjarmasin ini juga terdapat 'Southern Tip Of Borneo ' yang merupakan bahagian bawah Borneo bertentangan dengan Simpang Menggayau di Kudat , Sabah yang merupakan bahagian teratas Pulau Borneo ...

Pada sebelah malam , peserta konvoi telah diraikan di satu majlis makan malam oleh pihak BNI diketuai oleh Pak Agus Ariyanto yang juga merupakan Regional Manager BNI di Kalimantan ... Majlis ini  merupakan kerjasama dengan pihak IOF atas usaha yang dilakukan oleh Pak  Nunuq dan rakan2 IOF Kaltim & Kalsel( Pak Ady Suriadi dan lain - lain ) ... Terima kasih  ..




Sunday 16 December 2012

Ekspedisi Menjelajah Borneo 2012 ( Palangkaraya )

17.11.12 ... 
Setelah berehat semalam di Kota Pontianak dan menghabiskan masa yang singkat di Tugu Khatulistiwa , peserta konvoi meneruskan perjalanan dengan destinasi Palangkaraya dengan melalui laluan Pangkalan Bun ..  Di awal perjalanan ini memerlukan semua peserta konvoi untuk menaiki feri daripada tanah besar Tayan menghilir ke tanah seberang kerana laluan ini belum mempunyai jambatan yang menyeberangi sungai KAPUAS .. Perjalanan ini merupakan yang paling sukar dilalui oleh peserta konvoi kerana terpaksa melalui kawasan jalan yang belum berturap dan terdapat jambatan yang telah rosak yang memerlukan kenderaan konvoi bergerak satu persatu ...

 Memandangkan perjalanan yang agak perlahan iaitu sekitar 40 ke 50 KM sejam , peserta konvoi terpaksa berhenti di tengah hutan perjalanan pada jam 10 malam bagi membolehkan peserta konvoi memasak dan membuka bekalan masing - masing ... Laluan ini terbukti sukar buat pertama kalinya , hampir semua kenderaan menggunakan 'Driver' dan 'Co Driver' masing2 .. Memandangkan perjalanan yang sudah melebihi 18 jam  , Ketua Konvoi berulangkali mengingatkan agar semua 'Driver' yang tidak memandu untuk mendapatkan rehat yang secukupnya bagi membolehkan mereka mengantikan 'Driver' yang bertugas bila2 masa .

18.11.12 ... Jam 9.30 pagi ... akhirnya peserta konvoi selamat tiba di Pangkalan Bun ... Terima kasih kepada pihak Walikota Pangkalan Bun yang sanggup menunggu kedatangan peserta konvoi yang terlewat sampai dari jadual .. Konvoi telah diraikan di satu majlis ringkas bersama pihak Walikota diwakili oleh Bapak Abdul Manap ( Kepala Dinas Parawisata Mewakili Bupati Kota Warigen Barat Kalimantan Tengah Bapak Bupati Ujang Iskandar ) sebelum jamuan T/hari oleh pihak BNI ... Sebelum meninggalkan Pangkalan Bun , konvoi telah dibawa melawat Istana Kutaringin yang merupakan salah satu Monumen Bersejarah yang terdapat di Pangkalan Bun .. Walaupun dalam kepenatan , setelah mengisi minyak secukupnya , peserta konvoi meneruskan perjalanan ke Palangkaraya dan telah tiba ke destinasi pada jam 9.30 pagi tanggal 19.11.12 setelah menghabiskan perjalanan selama 50 jam lebih ... Suatu perjalanan yang mencabar minda dan fizikal semua peserta konvoi ... Tahniah & Syabas ...

Aktiviti Di Palngkaraya :
- Majlis Jamuan Dengan Wakil Gabneur ..
- Lawatan Ke Muzium Balanga
- Lawatan Ke Ibupejabat BNI Palangkaraya ..

* Terima Kasih Pada Nunuq yang sanggup mengiringi konvoi selama hampir 14 jam perjalanan .
* Terima Kasih Pada Rizal yang sentiasa komitmen memastikan konvoi selamat sampai destinasi
* Penghargaan pada semua yang terlibat ( Bapak Abdul Manap dan rakan2 permotoran di Pangkalan Bun , IOF Kalteng , BNI dan seluruh warganya , Wakil Pemerintah Palangkaraya dan tidak lupa juga kepada Pihak Berkuasa Polis Indonesia dan rakan - rakan )








Friday 14 December 2012

Ekspedisi Menjelajah Borneo 2012 ( Kota Pontianak )

16.11.2012 ...

Pagi jam 8.00 .. Semua peserta konvoi telah dikumpulkan untuk mendengar taklimat daripada Ketua Konvoi , Marshal Perjalanan dan juga dari Pegawai Protokol kelab ... Pada jam 10.30 pagi , konvoi seramai 20 buah kenderaan telah memulakan perjalanan dari Bandaraya Kuching menuju ke Entikong yang merupakan sempadan antara Kuching ( Sarawak ) dengan Kota Pontianak ( Wilayah Kalimantan Barat )..
Setibanya peserta konvoi di perbatasan sempadan , sambutan hangat yang akan dilalui oleh peserta konvoi telah mula terasa dengan terpampangnya kain rentang dari IOF Kalbar dan pihak Bank Negara Indonesia ( BNI ) di pintu masuk sempadan ..

Bagi melicinkan segala urusan melibatkan dokumen di Entikong , pihak IOF Kalbar telah menghantar dua orang pegawai mereka iaitu En.Roberto dan juga En Rizal yang didatangkan khas dari Jakarta .. Pihak BNI sendiri telah menghantar pegawai mereka bagi menyambut kedatangan peserta konvoi di Sempadan dan sempat memberikan cenderahmata kenangan kepada semua peserta konvoi .. Terima Kasih atas budi baik kalian ...

Petang jam 4.30 ... Konvoi memulakan perjalanan dari pintu sempadan Entikong menuju ke Kota Pontianak .. Perjalanan yang agak berliku dan melalui jalan yang sedang dibaiki ditambah dengan hujan lebat dan banjir disesetengah tempat agak melambatkan perjalanan ... Peserta konvoi hanya sampai ke hotel di Kota Pontianak pada jam 11 malam dan terus ke majlis jamuan makan yang disediakan oleh pihak BNI dan diiringi oleh pihak IOF KALBAR yang diketuai oleh Pak Nunuq @ Pak Anugerah Rachmanto .. Kesabaran dan kesungguhan oleh pihak BNI , Pak Nunuq dan rakan IOF KALBAR amatlah dihargai dan sesuatu yang tidak mungkin kami lupakan ... Terima Kasih Sekalung Budi ..

* Bermula lah sudah perjalanan yang panjang bersama En Rizal @ Bravo Mick ......

Info untuk Kota Pontianak ..
- Ibu Kota Kalbar ..
- Tempat Menarik Untuk Dilawati ... Tugu Khatulistiwa & Menyusuri Sungai Kapuas




Thursday 13 December 2012

Ekspedisi Menjelajah Borneo 2012 ( Brunei - Kuching )

13.11.2012 ... Konvoi memulakan perjalanan ke Sibu dari Brunei ... Terima kasih kepada pihak Kelab 4x4 Gabungan Berwawasan Brunei yang telah menghantar wakil untuk mengiringi konvoi ke sempadan Brunei - Miri ... Konvoi telah sampai ke Miri seawal jam 12 T/hari dan setelah mengisi minyak , konvoi berehat dulu di bandar luar Miri bagi memberi ruang kepada peserta untuk berehat dan makan tengahari .. Sebelum meneruskan perjalanan , peserta konvoi telah dipelawa oleh pihak berkuasa JPJ tempatan untuk merakamkan kenangan bersama semua staf / kakitangan bertempat di Ibupejabat JPJ Miri .. Kenangan dan kenangan ... Ini merupakan suatu penghargaan yang cukup besar nilainya kepada peserta konvoi dan ucapan penghargaan dari semua peserta konvoi kepada pihak berkuasa JPJ Miri .. Alhamdulillah setelah meneruskan perjalanan tanpa henti selepas itu , konvoi telah selamat sampai di Sibu pada jam 9.30 malam ...

14.11.2012 ... Perjalanan dari Sibu ke Miri telah mencatatkan sedikit pengalaman getir kepada sebahagian ahli kelab dimana perjalanan ini telah memberi kesan kepada beberapa kenderaan yang mengalami kerosakan minor .. Kenderaan No 16 dan No 20 telah mengalami gangguan pada enjin dan keupayaan 'steering' yang memerlukan pembaikpulih  di adakan ... Sementara menunggu kedua - dua kenderaan terbabit dibaikpulih di Sarikei , peserta konvoi yang lain meneruskan perjalanan secara terkawal dan perlahan bagi memberi ruang kedua - dua kenderaan terbabit mengejar kelajuan konvoi ...  Semasa di tengah perjalanan , peserta konvoi dimaklumkan berkenaan kewujudan sebuah batu lagenda yang dinamakan batu Nabau atau batu ular yang terletak di Engkelili ... Konvoi telah  singgah sebentar ke Engkelili untuk melihat sendiri kewujudan batu Nabau tersebut dan ini merupakan pengalaman yang cukup berharga kepada semua peserta konvoi .. Kesimpulannya Batu Nabau memang mepunyai keistimewaan tersendiri .. Berkat kesabaran , disiplin semangat untuk mencapai kejayaan , kesemua peserta konvoi tiba di Bandaraya Kuching pada malam 14.11.2012 ...

15.11.2012 .... Hari yang santai untuk semua peserta konvoi ... Hari yang dirancang untuk semua peserta konvoi membuat pemeriksaan kepada semua kenderaan masing2 ... Sebelah petangnya , telah diadakan program meronda bandar Kuching dengan bantuan dan sokongan dari Kelab 4x4 Tarat Kuching ... Terima Kasih kepada semua ahli dan peserta Kelab 4x4 Tarat Kuching ( Mike , Eddie , Manja dan Member2 yg lain ) atas keprihatinan dan bantuan selama peserta konvoi berada di Bandar Kuching ... Kami menanti kedatangan anda semua ke Tawau .....

* Terima Kasih kepada MPV PDRM yang melalukan kawalan keselamatan dari Miri - Kuching
* Penghargaan kepada WMP 'members' yang sentiasa melakukan tugas pengambaran secara  
   profesional

                         



   

Tuesday 11 December 2012

Ekspedisi Menjelajah Borneo 2012 ( Tawau - Brunei )

Perjalanan yang bermula pada 11.11.2012 dari Tawau menuju ke Kota Kinabalu merupakan ujian pertama yang harus dilalui oleh semua peserta konvoi .... Perjalanan agak santai dimana kebanyakan ahli konvoi lebih kepada menguji daya tahan enjin kenderaan masing - masing sejauh perjalanan 585 km menggunakan jalan lama yang melalui Lahad Datu , Sandakan , Kundasang seterusnya Kota Kinabalu .. Didalam perjalanan ini , krew Warna Motion Pictures ( WMP ) sesekali berhenti di lokasi strategik untuk membuat penggambaran video bagi tujuan dokumentari untuk RTM .. Ahli konvoi telah selamat tiba di Kota Kinabalu pada jam 11 Malam dan bermalan di Airport View Hotel ..

12.11.2012 ... Perjalanan di teruskan ke Brunei seawal jam 8.00 pagi ... Perjalanan yang melalui daerah sipitang , Lawas , Limbang seterusnya ke Brunei Darus Salam telah di sambut dengan meriah oleh Kelab 4x4 Gabungan  Berwawasan Brunei diketuai oleh Presidennya iaitu En Shafie ... Ahli konvoi telah dibawa mengelilingi Bandar Seri Bengawan sebelum menuju ke Hotel  Jeruton ... Sebelah malam nya telah diadakan majlis jamuan makan malam yang telah dimeriahkan oleh semua peserta konvoi dan Ahli Kelab 4x4 Gabungan Berwawasan Brunei ... Sesungguhnya majlis yang ringkas ini telah membawa suatu hubungan yang erat antara 2 kelab 4x4 yang memperjuangkan matlamat yang sama walaupun dipisahkan oleh 2 sempadan yang berbeza ...

Terima Kasih kepada En Syafie dan semua ahli Kelab 4x4 Gabungan Berwawasan Brunei dan juga ahli PDRM yang sentiasa mengawasi keselamatan konvoi ini dari Tawau sehinggalah sempadan Brunei ...



Friday 7 December 2012

Ekspedisi Menjelajah Borneo 2012 ( Majlis Pelepasan )

Ekspedisi Menjelajah Borneo telah di lepaskan secara rasmi pada 11 November 2012, ,mengikut perancangan sepertimana yang dijadualkan ... Upacara ini telah dilaksanakan di Dataran Majlis Perbandaran Tawau bermula dengan kehadiran tetamu dan jemputan pada jam 8 pagi seterusnya Perasmi Program Setiausaha Tetap Kementerian Penerangan & Komunikasi mewakili Datuk Seri Rais Yatim ... Ucapan alu - aluan telah dilakukan oleh Pengarah Program Tn Hj Nizam Hj Abu Bakar Titingan mewkili kelab seterusnya ucapan dari Perasmi Program ...Kehadiran masyarakat awam terutama masyrakat Tawau amat mengalakkan yang mana  Ahli konvoi telah dilepaskan tepat jam 9.30 pagi menandakan bermulanya cabaran dan perjuangan yang panjang merentasi Borneo dengan destinasi pertama Kota Kinbalu ...



Konvoi menjelajah Borneo 2012 ini telah mendapat sokongan padu Kerajaan dalam proses persefahaman masyarakat serumpun dalam satu tanah di satu Kepulauan yang ke tiga besar di dunia.Perasmian ini telah memulakan detik perjalanan yang bersejarah dan menjadi kebanggaan Kelab 4x4 Ekspedisi Ekstrem Tawau khususnya dan Masyarakat Tawau Amnya.