Wednesday 6 June 2012

FINAS & Road To Borneo

Salam 1 Malaysia ..

Sempena kedatangan Dato' Mustapha Maa'rof yang diiringi Dato Aziz Sattar dan Seniwati Mariani ke Tawau baru - baru ini , telah diadakan taklimat ringkas berkenaan program Road To Borneo yang dirancang pada tahun ini oleh Pengerusi kelab dan saudara Mohd Yusof Ishak ..

Taklimat ini disusuli oleh perbincangan antara Dato' Mustapha Maarof dan rombongan dengan Penaung Kelab YB Datuk Tawfiq bersama Penasihat - Penasihat Kelab iaitu Tn Hj Halik Hj Wahid , En Liew Kiaw Ming , En Zaimie Hamzah berserta Pengerusi Kelab En Jeffry Onn Hamzah dan AJK - AJK lain di Promenade Hotel .

Dato' Mustapha Maarof antara lain telah menunjukkan minat yang cukup tinggi untuk menerbitkan perjalanan secara dokumentari sepanjang perjalana program Road To Borneo ini . Selesai perbincagan di Promenade Hotel , Dato ' Mustapha dan rombongan telah dibawa melawat pameran kereta ahli - ahli kelab bertempat di Dataran Majlis Perbandarann Tawau dan kemudian di iringi secara berkonvoi ke Kompleks Stadium Tawau .

Program sebelah petang , Dato' Mustapha Maarof , Dato Aziz Sattar dan Seniwati Mariani telah dibawa ke tapak lapanga terbang lama bagi melihat aksi -aksi ekstrem oleh ahli - ahli kelab .
Kepada Dato Mustapha Maarof , Datuk Aziz Sattar dan Seniwati Mariani , Terima Kasih dari Kelab di atas minat dan sokongan yang diberikan kepada kelab dalam menjayakan program Road To Borneo .
















Tuesday 5 June 2012

Penampang Open 2012

Tahniah kepada En Pang Ling Kok & En Foo Boon Yaw di atas kemenangan tempat ke - 3 pada pertandingan 4x4 Penampang Open 2012 ... Sesungguhnya anda berdua telah mencipta sejarah pada kecermerlangan dan kegemilangan kelab ..

SYABASSSSSSS