Tuesday 18 September 2012

Ekspedisi Menjelajah Borneo -- Perasmian & Majlis Menandatangan MOU Dengan Warna Motion Pictures


Salam Kepada Semua Peminat Aktiviti Sukan 4X4..

Dengan segala perancangan dan persiapan yang dilakukan bermula dari Januari 2012 ini , Program Ekspedisi Menjelajah Borneo hampir menuju ke landasan permulaan . Perjalanan program  ini yang dijadualkan pada 11.11.12 akan di dahului dengan Majlis Perasmian oleh YB Datuk Tawfiq DSP Abu Bakar Titingan , Pembantu Menteri Kewangan Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Apas Tawau selain merupakan Penaung kepada Kelab 4x4 Ekspedisi Ekstrem Tawau .

Upacara program yang julung - julung kalinya di adakan ini akan berlangsung di LA Hotel pada 22 hb September ini. Antara pengisian pada program ini ialah Ucapan Alu - aluan Pengarah Program Ekspedisi Menjelajah Borneo Tn. Hj Nizam DSP AbuBakar Titingan disusuli oleh ucapan Datuk Mustafa Ma'arof , mewakili Warna Motion Pictures rakan kerjasama kelab . Upacara kemuncak ialah Perasmian kelab oleh Datuk Tawfiq dan gimik perasmian oleh beliau . Diharap program perasmian ini akan terlaksan dengan sempurnanya dan kepada semua ahli kelab yang berusaha menjayakan program ini , Selamat Betugas dan Selamat Maju Jaya di ucapkan .

Wednesday 12 September 2012

Sipadan Mangrove Sdn Bhd

Salam Kepada Semua Ahli ..

Untuk makluman Sipadan Mangrove Sdn Bhd akan mengadakan majlis perasmian pada 09 September 2012 ini yang akan dirasmikan oleh YB Ketua Menteri ...Bagi memeriahkan majlis , pihak Sipadan Mangrove Sdn Bhd menjemput Kelab 4x4 Ekspedisi Ekstrem , Tawau untuk bersama - sama memeriahkan majlis perasmian tersebut .. Bagi menghargai jemputan tersebut , pihak kelab akan mengadakan perjalanan konvoi ke majlis tersebut dan semua ahli kelab adalah dialu - alukan untuk 'Joint' konvoi ini yang bermula di Bandar Fajar sehinggalah ke tapak Perasmian di Sungai Kalumpang ....

Bravooooo