Tuesday 18 September 2012

Ekspedisi Menjelajah Borneo -- Perasmian & Majlis Menandatangan MOU Dengan Warna Motion Pictures


Salam Kepada Semua Peminat Aktiviti Sukan 4X4..

Dengan segala perancangan dan persiapan yang dilakukan bermula dari Januari 2012 ini , Program Ekspedisi Menjelajah Borneo hampir menuju ke landasan permulaan . Perjalanan program  ini yang dijadualkan pada 11.11.12 akan di dahului dengan Majlis Perasmian oleh YB Datuk Tawfiq DSP Abu Bakar Titingan , Pembantu Menteri Kewangan Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Apas Tawau selain merupakan Penaung kepada Kelab 4x4 Ekspedisi Ekstrem Tawau .

Upacara program yang julung - julung kalinya di adakan ini akan berlangsung di LA Hotel pada 22 hb September ini. Antara pengisian pada program ini ialah Ucapan Alu - aluan Pengarah Program Ekspedisi Menjelajah Borneo Tn. Hj Nizam DSP AbuBakar Titingan disusuli oleh ucapan Datuk Mustafa Ma'arof , mewakili Warna Motion Pictures rakan kerjasama kelab . Upacara kemuncak ialah Perasmian kelab oleh Datuk Tawfiq dan gimik perasmian oleh beliau . Diharap program perasmian ini akan terlaksan dengan sempurnanya dan kepada semua ahli kelab yang berusaha menjayakan program ini , Selamat Betugas dan Selamat Maju Jaya di ucapkan .

No comments:

Post a Comment